Wednesday, July 27, 2011

KERJA KURSUS CTU 101

TAJUK:
TOKOH AGAMA


DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU101



DISEDIAKAN OLEH:
AMIRUL ISKANDAR BIN AMRAN
No Matrik : 2011642138
Kumpulan: BMD1Bh



PROGRAM:
Diploma Analisis Pelaburan

TARIKH HANTAR:
08.AUGUST 2011


_________________________________

ISI KANDUNGAN




TAJUK:
TOKOH AGAMA

1. Isi kandungan


2. Abstrak

3. Pengenalan

4. Penghargaan

5. Biodata Tokoh Agama

6. Pengenalan lokasi temu bual:Masjid AL-Khariyah

7. Temu Bual Bersama Imam

8. Kenangan Bersama Imam

9.Rujukan



_______________________________

ABSTRAK


Pada masa kini,dunia telah mengalami satu perubahan dimana masyarakat sekarang lebih memilih untuk keduniaan atau duniawi daripada memilih kearah kerohanian dalam ibadah agama.Hal ini makin hari makin merungsingkan kita.Manusia semakin lama semakin alpa dengan dunia dan lupa pada pencipta yang satu.Mereka sepatutnya beribadat kepada Allah SWT memandangkan dunia sekarang sudah dikatakan dalam keadaan tenat dan
sekarang masa yang sesuai untuk melakukan ibadat serta bertaubat,tetapi sebaliknya yang berlaku.Tetapi bukan semua manusia begitu,kerana masih terdapat sebilangan kecil lagi yang berusaha membawa manusia lembali ke jalan yang lurus.mereka ialah tokoh agama.Tokoh agama boleh didefinasikan sebagai seseorang atau individu yang penting dalam organisasi.Individu yang bertanggungjawab melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini dalam membimbing manusia supaya berada di jalan yang lurus lagi benar.Tokoh agama adalah seperti Imam,Guru,Ustaz,Ustazah,Ulama dan yang berkaitan dengannya.Oleh itu saya memilih Imam Haji Ramli Bin Arifin sebagai tokoh agama saya.Beliau adalah seorang imam di masjid Al-Khariyah dan saya mengagumi kewibawaan nya sebagai imam dalam menyumbangkan kudratnya kepada masyarakat walaupun ia tidak dipandang oleh mana-mana pihak.Dengan ini saya harap tugasan saya iaitu Tokoh Agama ini memberi manfaat kepada semua orang.AMIN.




___________________________

PENGENALAN



Assalamualaikum dan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan nikmat kurnia -Nya akhirnya tugasan kerja kursus ini dapat disiapkan juga.Kerja kursus ini menceritakan tentang Tokoh Agama.Ini merujuk kepada peranan beliau sebagai tokoh agama dalam membimbing masyarakat setempat ke arah dan jalan yang lebih baik lagi.Dengan tugasan ini,saya harap sama-sama lah kita mengenal lebih dekat Imam Haji Ramli bin Arifin melalui temu bual yang saya lakukan


_______________________________
PENGHARGAAN


quran bismillah


Alhamdullilah ke hadrat ilahi.Syukur tak terhingga kepada Allah SWT kerana tanpa keizinan dan keberkatan-Nya saya mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan CTU 101 ini.Setelah seminggu berkerja keras dalam menghasilkan assignment untuk subjek CTU 101,ianya siap jua dan hasilnya berbaloi jugak.Terima kasih tak terhingga terutama sekali kepada keluarga yang banyak memberi dokongan dan dorongan dari segi mental dan fizikal.Terima kasih kepada ibu saya,Faazeah Binti Ahmad kerana beliau telah banyak membantu saya dalam urusan untuk membuat temu janji dengan imam yang saya kehendaki kerana hubungan rapat nya dengan pihak masjid membuatkan semua urusan berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa masalah.Terima kasih jugak kepada ayah saya,Amran Bin Endut yang juga membantu dari segi pertanyaan soalan yang perlu ditanya dan bantuan yang lain seperti etika untuk menemu ramah seseorang.Selain itu juga saya juga ingin melahirkan perhargaan kepada Imam 1 di masjid al-Khariyah iaitu Imam Hj.Ramli Bin Arifin.Tanpa beliau,assignment ini mungkin tidak akan kesampaian,dan saya banyak-banyak berterima kasih kepada beliau kerana sanggup meluangkan sedikit masa untuk ditemu ramah oleh saya,sikap ramah beliau amat saya kagumi dan segani.Seterusnya,saya berterima kasih kepada kawan saya yang turut membantu dalam proses menghasilkan assignment ini dari segi permberitahuan maklumat.Akhir sekali saya berterima kasih kepada kepada pensyarah CTU 101 saya iaitu Abdul Aziz Bin Harjin yang turut membantu saya dalam penghasilan assignment ini seperti memberikan bahan dan contoh untuk menulis esei dan lain-lain dengan memberikan laman web beliau iaitu http://abdazizharjin.blogspot.com




________________________________

BIODATA TOKOH AGAMA



NAMA :
HJ RAMLI BIN ARIFIN

UMUR : 50 TAHUN

TEMPAT LAHIR :
KEDAH,ALOR SETAR

ALAMAT :
FASA 2,TAMAN SERI GOMBAK,BATUCAVES,SELANGOR

STATUS : BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI 2 ORANG ANAK

PENDIDIKAN
Awal: SEKOLAH KEBANGSAAN GUNUNG KERIAN,ALOR SETAR

KERJAYA Sebelum Ini
: PEKRA
POSISI Imam Dalam Masjid
: IMAM 1





_____________________________

PENGENALAN LOKASI TEMU BUAL:MASJID AL-KHARIYAH





Add Video
MASJID AL-KHARIYAH
Jln SG 7/1, Tmn Seri Gombak, 68100 Gombak, Selangor






Saya menemu bual Imam Hj Ramli Hj Arrifin di masjid AL-KHARIYAH yang terletak di SRI GOMBAK,Batu Caves.Lokasi masjid ini dahulunya ialah tempat pembuangan sampah tetapi telah dibaik pulih dan diguna semula sebagai masjid dan banyak membantu orang ramai di sekitar nya untuk bersembahyang kerana dahulunya tempat untuk menunaikan solat amat jauh sekali.



-CARTA ORGANISASI -Jadual Kuliah





AKTIVITI MASJID AL-KHARIYAH




_______________________________


TEMU BUAL BERSAMA IMAM






Hari Rabu,20.0.2011..Saya telah membuat satu temu janji dengan Imam Haji Ramli Haji Ramli untuk menemu ramah beliau di Masjid Al-Khariyah,8100,Batu Caves,Selangor Darul Ehsan.Saya menemu nya di bawah tempat parkir kereta masjid bahagian bawah

Amirul:Assalamualaikum Imam,apa khabar,sihat ke?

Imam:Walaikumussalam,saya alhmadullilah sihat dizinkan oleh Allah SWT.

Kemudian saya dibawa ke bilik kuliah yang digunakan untuk mengajar muslimin dan muslimah mengaji al-quran.Dari sini saya dapat lihat kreadibiliti nya dalam membantu saya mendapatkan ruang dan suasana yang sepi untuk menemu ramah beliau.


AmiruL:Kalau begitu kita teruskan tujuan kita ya Imam.Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan nama saya Amirul Iskandar Bin Amran pelajar jurusan Analisis Pelaburan,pelajar semester 1 daripada UITM,Arau,Perlis.Sekarang boleh Imam memperkenalkan diri Imam

Imam:Nama saya ialah Haji Ramli Bin Arifin.

Amirul:Boleh cerikan sedikit biodata imam seperti dimana imam menetap sekarang,status imam,pendidikan awal imam?

Imam:okay,sekarang saya menetap di Fasa 2,Taman Seri Gombak,68100,Batu Caves.Ini memudahkan saya berulang alik dari masjid ke rumah.Saya sudah berkahwin dan alhamdullilah perkahwinan saya dikurniakan 2 orang anak.Pendidikan awal saya di Sekolah Kebangsaan Gunung Kerian,Alor Setar,Kedah.

Amirul.Orang kedah rupanya.,soalan seterusnya ialah apakah pekerjaan imam sebelum bergelar imam.

Imam:jangan terkejut kerana sebelum ini saya tidak terlibat dangan urusan imam atau masjid kerana sebelum ini saya bekerja dengan pihak kerajaan iaitu PEKRA seangkatan dengan Risda dan sebagainya.

Amirul:Sekarang imam memegang posisi apa di masjid dan bagaimana perlantikan yang dilakukan.Berapa lama sudah berkecimpung dalam bidang ini.Apa kelayakan yang perlu ada untuk menjadi seorang imam dan ada tak pengalaman manis atau pahit semasa menjadi Imam?


Imam:Di masjid terdapat 3 posisi imam dan saya imam 1 @ pertama..cara perlantikan saya dengan suara majoriti ramai dan bukanya dari pihak kerajaan seperti yang berlaku di masjid negara.Saya asalnya hanya imam dan menaiki jawatan seara berperingkat-ringkat.Kelayakan menjadi imam ini terpulang kepada mereka yang ingin melantik anda.pastikan anda ada ilmu yang cukup,akhlak yang baik.itupun sudah cukup.Pengalaman manis saya ialah saya pernah memegang rekod menikahkan 15 pasangan sehari,walaupun letih dan perlu berulang alik ke mari ia adalah pengalaman yang amat menyeronokan.Manakala pengalaman yang kurang manis apabila saya dihantar surat layang oleh indiidu yang tidak berkenaan.Sikap ini tidak patut kerana jika ada rasa tidak puas hati,lebih baik jika dia berterus-terang secara bersemuka.bukankah lebih baik.Saya juga melakukan pekerjaan seperti menjadi penolong pendaftar nikah dan pegawai penguatkuasa khalwat.


Amirul:Sekarang saya hendak ke soalan serius sedikit jika imam tidak keberakatan ye.Sekarang banyak masalah sosial yang berlaku dan amat meruncingkan kita.sebagai imam macam mana imam selesaikan?

Imam:Saya juga sedar akan situasi ini dan beranggapan bahawa mereka yang telibat bukan jahat tetapi tidak mendapat pendidikan agama yang mencukupi daripada kecil lagi.Senang saja hendak selesaikan.Mereka perlu lah selalu menghadirkan diri ke masjid untuk majlis ilmu yang diadakan,mendengar ceramah dan sebagainya.Mereka pelu mendekatkan diri dengan Pencipta yang satu iaitu ALLAH SWT.Kami sebagai orang masjid sekadar membantu dalam menyedikan ceramah,majlis ilmu dan sebagainya,

Amirul:Seterusnya,bagaimana pula dengan masalah remaja sekarang yang semakin lama semakin sedikit yang datang ke masjid?ada ke penyelesaianya?

Imam:Setiap masalah ada penyelesaiannya.Oleh itu.Kami sebagai orang masjid telah membuat karnival seperti sukan futsal dan ping pong.Ini mengalakkan mereka untuk datang ke masjid.dari situ kita akan mendidik mereka untuk mendekatkan diri dengan masjid.Kita tidak boleh paksa mereka.Ini perlu lahir dari kehendak sendiri.

Amirul:Saya bersetuju dengan pendapat imam dan cara imam ni la.Soalan akhir sekali.Sekarang sudah ada program realiti terbitan ASTRO iaitu Imam Muda dan sekarang sudah memasuki musim ke-2..Apakah pendapat Imam?

Imam:Saya bersetuju dengan program ini kerana ia bertujuan baik dan jauh lebih baik daripada program realiti nyanyian yang bertuaan keraarah berhibur.Tujuan ini bagus kerana ia melahirkan imam muda yang berkaliber setanding dengan imam-imam yang ada sekarang ni.Pada zaman dahulu tidak ada pun tahu.

Amirul:Sebagai soalan penutup,apakah sumbangan imam dan impian imam yang tidak tercapai lagi sampai sekarang.


Imam:sumbangan yang saya boleh lakukan ialah ketika solat jumaat saya akan membaca doa dalam bahasa arab dan bahasa melayu.ini memudahkan masyarakat yang solat faham akan doa yang mereka baca dan tidak lah mereka terpinga-pinga membaca tanpa mengetahui maksudnya sahaja.Impian yang masih saya tidak dapat capai ialah melihat ramai masyarakat setempat mendirikan solat berjemaah beramai-ramai setiap waktu dan bukan hanya waktu penting seprti solat jumaat atau solat raya.Saya juga memberikan kelas mengaji tajwid dan al-quran untuk para muslimin dan muslimah.

Amirul:Ohh,begitu..Itu sahaja saja yang saya ingin temu bual kan dengan Imam,terima kasih kerana mencuri sedikit masa untuk saya ya.Saya harap perbualan kita ini di rahmati Allah SWT.Insyaallah dilain hari kita berjumpa lagi ye imam.Saya mintak diri dahulu ye.Assalamualaikum

Imam:Ohh..tidak mengapa lah.saya sekadar membantu anda sahaja,Kalau begitu kita akan berjumpa lagi,insyaallah..walaikumussalam.


___________________________

KENANGAN BERSAMA IMAM RAMLI





_____________________________


RUJUKAN

  • http://www.facebook.com/media/set/?set=a.234147373284027.64252.100000662981723#!/masjid.alkhairiyah
  • http://www.alkhairiyah.com/
  • http://maxxcreative.blogspot.com/2009_09_01_archive.html